"Ars Longa Vita Brevis"
Profile


Ars is a part of my little universe
Jungin| 18 | Malaysia

email for questions.
jajatiha@yahoo.com


Defsoul's


31/10/16, 3:28 PTG
Skyway: Pengalaman di Pusat Asasi Dengkil 1

Assalamualaikum

i'm the one dabbing.. lol.


Heyyyy blog it's been awhile i'm posting things here because every time i want to write in my blog, things get carried away and a list of drafts were created.
Congratulations to me for finally became a foundation student. *claps for myself*
*Turns to Malay mode*

Apa jadi dekat temuduga IPG dulu?
Huh? Yup aku lepas UKCG dan telah ditemuduga untuk masuk ke IPG, tapi apakan daya, rezeki bukan kearah mengajar anak-anak kecil anda, TAPI.. mungkin akan mengajar anak-anak remaja anda? Impian aku sebenarnya nak jadi cikgu sekolah menengah jadi bila dapat tahu aku tak dapat tawaran tu, aku tak adala rasa sedih sangat. Bukan main lagi masa ditemuramah cakap dengan penemuramah tu nak jadi cikgu. Mungkin rezeki bukan kearah tu.

Sekarang tengah belajar dekat mana?
Sekarang aku belajar dekat Pusat Asasi UiTM Dengkil, ambil Asasi Kejuruteraan. (Aku serius tak tahu kenapa gila dan yakinnya aku terhadap jurusan ni) aku nak sediakan gambar tapi aku rasa korang semua boleh google kut sebab keadaan kampus masih sama dengan gambar disediakan sebelum ni. Yela kampus tu umurnya baru setahun jagung so kemudahan masih baharu.

Macam mana nak dapat masuk situ?
Ikut pintulah
.
.
ok..so kalau nak masuk Pusat Asasi femes bebenar tu kenalah ada result SPM yang gempak, markah kokurikulum yang tiptop. Kalau ikut jurusan aku, kenalah sekurang-kurangnya C+ untuk Matematik Tambahan, Matematik,Fizik, dan Kimia(zaman aku la) TAPI MUSTAHIL WEH. Aku paling kurang pun aku pernah jumpa student-student engineering 6A SPM kalau KAU?? AGAK-AGAK? Kalau kau nak apply Asasi Sains boleh tukar Fizik tu ke Biologi. Kalau pasal Asasi Law kau boleh tanya orang lain sebab aku nak terangkan aku tak beberapa tahu sangat takut tersalah info.Tapi kalau dah rezeki kat situ alhamdulillah.

Suasana belajar?
Bagi aku pembelajaran di pusat asasi ni lebih mudah berbanding budak matrkulasi (pendapat aku la).Lecturer sangat baik dan sporting dan penjelasan semasa mengajar sangat bagus, jadi mungkin kalau korang ada masalah memahami kenala jumpa balik lecturer tu ye. Subjek disini dipelajari sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, jadi korang mestilah ada pemahaman yang baik tapi bagi aku (sebab aku dulu sekolah menengah belajar dalam bahasa melayu) tak ada masalah setakat ni. Jangan risau sangatla pasal masalah bahasa ni (melainkan korang ada masalah dengan bahasa inggeris..sila baiki bahasa kedua anda sebab penting untuk pelajar asasi kejuruteraan) Nota pensyarah ikut pensyarah masing-masing. Jangan risau pasal berpanas semasa kuliah kerana setiap bilik,dewan,makmal kuliah ada pendingin hawa. Bukan alasan untuk tidak ke kelas

Sistem Pembelajaran kat sana?
Setiap jurusan ada 6 subjek korang kena ambil, kalau macam aku, aku kena ambil Inggeris, Tasawwur, Fizik,Kimia, Matematik dan Sains Komputer. Lepastu, setiap subjek utama yang aku bold tu ada 3 jenis kelas iaitu lecture class, tutorial class,lab kecuali Matematik ada 2 je. Pensyarah untuk setiap kelas selalunya berbeza ikut rezeki masing-masing. Kalau korang join Asasi Kejuruteraan, memang betul perempuan sikit berbanding lelaki. Kalau macam group aku, kitorang ada 9 perempuan, 17 lelaki.



Dan bilangan pelajar asasi sains menjadi sebaliknya. Biasanya perempuan asasi engineering lebih senang rapat sebab sikit kemungkinan nak membentuk puak agak rendah. Aku rasa lelaki engineering baik-baik je Insya Allah okay je semuanya kalau ada kerjasama yang baik.

Best tak kolej kediaman kat sana?
Kalau aku letak satu nilai antara 1-10, mungkin 8.5, sebab kolej kediaman masih baru, dan bilik memang memuaskan hati, satu rumah ada 6 penghuni dengan 3 bilik tidur. Masuk-masuk ada bilik air ada shower ditepi dan ruang belajar sederet untuk keenam-enam penghuni. Setakat ni aku tak pernah kepanasan sebab ada kipas luar dan dalam bilik tidur, walaupun sempit dan kecil tapi korang bukannya nak duduk lama pun kat situ, 2 semester je. tu pun rumah macam tu masih jenuh nak membersihkan kan? termasuklah aku..kecil tapi selesa. Korang bukannya boleh masak pun sebab dilarang keras.


(BERSAMBUNG)