"Ars Longa Vita Brevis"
Profile


Ars is a part of my little universe
Jungin| 18 | Malaysia

email for questions.
jajatiha@yahoo.com


Defsoul's


5/04/16, 3:36 PG
Surat Panggilan UKCG

Assalamualaikum!~ 안녕!


Bila dah lama duduk dekat rumah rasa rajin pulak nak update blog eventho entry bukanlah terlalu gempak pun hahaha, So sekarang dah masuk bulan April. Usually budak-budak 98-liners dah sedia maklum yang bulan inilah yang selalu menjadi bulan cuak. Haa..why? Because this month most of the students or should i say- bakal student IPT are going to face interviews and also there are certain students which already entered the university life but went to public colleges since they're tied with the scholarships offered.

Buat penat sis tunggu Encik posmen yang hensem tu dan menye-scroll(penghancur bahasa dah mai dah) gmail dan yahoo mail sementara ada kawan-kawan sis dah pergi interview, masuk college and so on. Ada jugak dapat call from certain universities tapi most of them offered courses yang aku sendiri tak berminat or even way too costly.

Disebabkan aku kebosanan menuggu akhirnya terbuka niat nak buka laman web kementerian pendidikan. Tup tup rupa-rupanya panggilan UKCG akan diumumkan esoknya. Apatah lagi aku pun cuaklah sebab selalu dengar macam UKCG susah lagi-lagi dengan fizikal aku yang average ni. Tak langsing tak obes, sihat sihat je,..haha. 

Esoknya selepas makan try buka laman web PISMP tepat jam 12 tengah hari. Dengan lupa password dan internet yang tak berapa laju akhirnya dapatlah aku membuka account dan akhirnya..



Alhamdulillah, dah ada tempat untuk aku ke IPG. Walaupun ini fasa pertama tapi aku harap sangat dapat (Kalau UPU tu tak mai rumah) dan kebetulan kawan pun dapat tarikh yang sama dan location UKCG yang sama so senang sikit sama-sama pergi tempat tu. Ada certain kawan aku tarikh UKCG tu 10 hb iaitu hari ahad, esoknya selepas Hari Anugerah Kecmerlangan sekolah kami. So macam penat sikitlah. Jadi, aku pun sekarang ni sedang prepare diri untuk kesana. Aku duduk area Selangor tapi aku memang minta UKCG dan temuduga dekat Ipoh sebab hati aku sentiasa di Perak (since kita ni lahir as orang Perak ) nasib baik sis tak dicampak ke IPG yang jauh jauh,hehe

So Insha Allah i'll be updating more about my experience after UKCG buat tatapan adik-adik kesayangan aku yang seterusnya. 

till we meet again, wassalam 

Tiha Jung- 5 Mac 2016
"Happiness isn't given, but created"