"Ars Longa Vita Brevis"
Profile


Ars is a part of my little universe
Jungin| 18 | Malaysia

email for questions.
jajatiha@yahoo.com


Defsoul's


19/03/16, 2:02 PG
Kau Nak Ambil Course Apa?

Assalamualaikum!~ 안녕!


So dah masuk pertengahan bulan Mac, sebaik sahaja kau pegang result SPM kau haa mulalah orang duk busybody pasal result kau.

weh kau dapat berapa? budak pandai mesti dapat result gempak kan?
kau tahu tak classmate kita tu yang sekian sekian dapat berapa?

Ada jugak sesetengah tu bila member tu result kurang memuaskan mulala memulaukan diri or orang kata mencari ketenangan. But it isnt a bad idea asalkan kau tak terjun bangunan or tikam nadi sendiri. Nauzubillah! 
Macam aku, memang time dapat result tu berkepit dengan bff, cari cikgu, mohon restu nak sambung belajar kat tempat lain pula. Pastu dapat life hack dari cikgu pasal hidup kat uni nanti. Kalau life diorang sama dengan kitorang la. lagi satu cikgu kat sini bila kau tak jumpa diorang after time dapat result memang korang digelar murid tak kenang budi. So mohon jauhla benda tu, sebab fikir nak keberkatan tu..nanti tak tahu apa nak jadi dengan life afterwards. So walaupun apa result korang dapat habaq mai berterima kasih dengan cikgu korang sebab macam mana pun result tu mesti guna beberapa percent ilmu yang diajar right?

So back to the main topic.

Sometimes memang kita tak boleh expect result kita dan result tu yang akan mempengaruhi samada korang akan stay dengan cita-cita korang or tukar ambition korang. So aku selalu pegang dekat satu prinsip ni. 

Whatever your dream is, even if you don't have any dreams,
study hard so that multiple opportunity comes in a package.
So sekarang ni, itulah result aku. Memang aku akui aku ni memang TAK TAHU NAK JADI apa but disebabkan aku suka fizik dan maths dan bi, so aku ambikla asasi TESL, Sains Fizikal,Engineering.
Pasal cita-cita tu kita boleh fikirkan time nak masuk kolej nanti. At least belajar rajin2, grab good pointers supaya banyak peluang terhidang depan mata. But basically, aku ingat nak ambil chemical engineering, tapi aku ni jenis survey economical status kerja ni..sebab kita nak main dengan target, nak corak balik timeline masa depan kita ni. Sebab aku tak tahu apa akan jadi pada aku masa hadapan. Maybe aku jadi someone yang suka mendidik? maybe ahli penyelidik? So kat sini aku nak cakap yang kita ni kena alert dengan apa yang kita nak dari semasa ke semasa. Ni tips bagi yang tak tahu lagi halatuju diorang.. apa2 korang boleh komen ye..

Sebab since students SPM 2015 ni tak ramai budak straight A's (termasuk aku) peluang nak sambung belajar ni memang limited, actually banyak je tapi banyak masalahnya, yuran, jangka masa belajar, family and so on. Lagi2 biasiswa sangatlah limited dan hanya untuk pelajar2 more than 7As.(lagi-lagi scholarship yang agak memilih tak nak ada A- dalam slip tu)  aku pun terkial-kial nak isi.

So, aku nasihatkan banyak-banyaklah berdoa sebab memang kalau nak sambung belajar ni memang banyak cabarannya. Yang malas study sebab main main ni lain ceritalah..tapi kalau dah struggle segila-gila tak tidur malam datang rumah cikgu mohon ajar but still result tak berpihak dekat diri tu Insha Allah diberi peluang time kat Uni nanti. Okay!

So, nak tutup dulu coretan ni sebab baru je selesai isi borang UPU. Harap-harap korang berjaya dalam hidup dan juga dekat akhirat kelak. Amin..

Tiha Jung - 19 Mac 2016
"Every person's life is determined by how serious they handle challenges"