"Ars Longa Vita Brevis"
Profile


Ars is a part of my little universe
Jungin| 18 | Malaysia

email for questions.
jajatiha@yahoo.com


Defsoul's


17/11/13, 7:54 PTG
Chinguga Aniya (Part 1)

Assalamualaikum!
안녕!


     CHAPTER 1

       "Omo! Lagi 2 minit,Aku mesti cepat.Ini semua angkara assignment Prof. Eng,tak pasal-pasal aku lambat ke kelas," Byun Jungha menarik nafas sebaik sahaja tiba di hadapan pintu bilik kuliahnya.

      "Ya, Byun Jungha! Buat apa tercegat kat situ lagi?Cepatlah masuk.Tak nampak ke Prof.Eng tengah berjalan ke kelas tu?"

      "Okay!" Kehadiran Park Chanyeol dihadapan pintu mengembalikan semangatnya untuk berlari ke kelas, sebaik sahaja sampai, Jungha melepaskan penat lalu duduk di sebelah Byun Baekhyun.

     "Annyeong Jungha! Asal lambat harini?"Baekhyun memberikan senyuman buat kawannya.

     "Oh,Baekhyun! Aku nak pinjam buku kelmarin boleh?"
     "Kalau ye pun,jawablah pertanyaan aku dulu,"
     "Hehehe,siapkan assignment,lambat tidur,lambatla bangun," Jungha mengeluarkan buku-buku lalu meletakkannya diatas meja.
     
     "Jungha,kau selalu senyum kalau nampak mamat tu kan? Kau suka dia ek?"
     "Ish kau ni,mana ada...kebetulan je kut," Jungha mengerling kearah Chanyeol. Aigoo,handsomenya mamat tu.Dahla pakai kemeja,nampak tahap ketampanannya!

    Jungha memang ada perasaan terhadap Chanyeol!Sejak di bangku sekolah menengah lagi.Cuma dia kelas kedua, Jungha kelas pertama,jadi agak susah untuk lihat kehadiran dia.Sudah empat tahun Jungha menyimpan perasaanya dan tiada sesiapa pun tahu.Kawan baiknya, Baekhyun juga tidak mengetahuinya.

                                                              *************************

     Baekhyun menghempaskan dirinya diatas katil.Terfikir tentang perkara yang membelenggu dirinya pagi tadi.Argh! Mengapa?! Kenapa aku rasa cemburu? Sakit hati? Dia kawan aku,kenapa aku perlu cemburu?

    "Baekhyun,aku ada sesuatu nak bagitahu kau,tapi kau jangan gelak tau," mereka duduk berhadapan di kafe di kolej.

    "Neh,apa dia?"Tiba-tiba hatinya berdegup kencang.Apakah perasaan ini?