"Ars Longa Vita Brevis"
| |
Profile
![]() Ars is a part of my little universe Jungin| 18 | Malaysia email for questions. jajatiha@yahoo.com Defsoul's
|
30/11/11, 12:41 PG
IkAn PaTin MaSak TeMpOyAk!!!
assalamualaikum semua!hari ni nak ceriter la ciket pasal ikan patin masak tempoyak niew..resepi ni favourite family au.... erm...sedap..slurrp!!! haha..dh slmt dlm perot!~ bagi yg fanatik ikan masak tempoyak niew,niha,ade resepi untuk korang Ikan Patin atau Baung Tempoyak, dari durian baru Serai 3 batang Bunga Kantan 1 batang. Dihiris Daun Kesom 5 tangkai Kunyit hidup atau serbok Chili merah, 7 - 10 biji. ditumbuk Garam gula Air 2 gelas besar. caranya: Mula mula bersih ikan dengan betul. Buang semua darah dan organ dalaman. kalau tidak kuah jadi hitam. Potong ikan ikut saiz yang dikehendaki. Masuk dalam periuk. Masuk tempoyak 4 sudu besar. Gaul dengan ikan.Masukkan chili yang ditumbuk. Chili yang ditumbuk tidak hancur dan kelihatan lebih baik. Gaul sekali lagi dengan tempoyak dan ikan. Perapkan selama setangah jam. Apabila diperap, bau ikan akan hilang dan rasa tempoyak pada ikan lebih sedap. Masukkan air, sekurang kurangnya 2 gelas besar. Hidupkan api. Masukkan Bunga kantan, serai dan daun kesom. Apabila mendidih, masukkan kunyit. Selepas itu garam secukup rasa dan gula, sekurang kurangnya 3/4 sudu. Gulai mesti di gaul tetapi berhati hati kerana ikan ini ada lembut, senang pecah. Satu lagi, gulai akan masak lebih kurang 1/2 jam. Apabila sudah masak, biarkan 1/2 jam lagi bagi ikan dan kuah sebati sepenuhnya. Gulai tempoyak sedap apabila tidak terlampau panas. ha,tulah resepinyer..lagi sedap makan ngan nasi ngan ikan kering.hehe.. okaylah sume..sampai sini jela..bye sume...wassalam,.. |